THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dakwah itu suatu ibadah. Senyumlah walau terpaksa ;)

Tuesday, 29 October 2013

Sajak Cinta

Asslamualaikum ^^ Bismillah.

Cinta tanpa noda
Tak mampu ku dustai rasa ini,
Cukuplah dengn pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya perasaan cinta,
Tatkala pacaran mnjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.
(surah al-An'am 6:116)

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi ku tundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Ku ingin mahligai kasih ku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yg dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Ku ingin hadiahkan cinta suci,
Buat pasangan yg ku nikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sndri.

*hasil nukilan daripada novel ''CNTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU*
*maksud tersiarat dan tersurat! Moga bermanfaat ^^

Fi Hifzillah sahabat2 ku. ^^ 

0 comments: